Monday, January 18, 2010

Ulangtahun Kelahiran

Hari Khamis baru ni adik Uda call kata nak dtg rumah pd hari Jumaat 15.1.2010. Tp Uda dah agak mesti dia orang dtg nak sambut birthday Uda yang ke.... pada 15.1.2009 dan Uda kecil ke-15 pada 8.1.2010 (konon2 surprise tp kantoi ....) Jd Uda dah siap2 suruh anak bujang sulung Uda masak spagethi bolognise. Tanpa kita sedari pejam celik pejam celik umur kita semakin bertambah. Uda cuma berdoa agar Uda dan keluarga sentiasa dalam rahmatNya.


Birthday Cake Utk Uda2 (terima kasih kat anak buah Uda Hanan Hasanah dgn kek cantik ni....)
Birthday 'girl' dan tukang masak import


Hari Jumaat pula Uda, husband, anak bongsu dan kawan baiknya g pertandingan memancing anjuran opis Uda kat Anglers Lounge, Sg. Buah, Jenderam. Punyalah bosan.... dahlah xdapat ikan. Betul2 menguji kesabaran tp Uda betul2 tabik kat orang2 yang minat memancing ni . Uda join sbb anak bujang Uda ni mmg minat sungguh memancing. Selalu dia g macing kat kolam Presint 11 aje...


Ayip tgh pasang umpan dan lelaki2 yg sedang kebosanan (manalah ikan ni...)

Sunday, December 27, 2009

Peristiwa Sepanjang Minggu

Minggu ini hidup Uda penuh dgn aktiviti. Sebelum Krismas saudara sebelah suami dtg dari Perak dan mereka teringin melihat KLCC secara dekat tp Uda sendiri yg terlebih 'gedik' mengambil gambar lebih2 lagi tengok hiasan untuk Sambutan Hari Krismas yg dihias indah di shopping complex tersebut.

Ulangtahun perkahwinan Uda ke-24 tahun pula jatuh pada Hari Krismas 25hb., tp tahun ni xhappening nak sambutnya sbb anak2 xada untuk sama2 raikannya. Uda cdg thn depan baru Uda nak buat meriah sikit konon2 nak sambut 'Jubli Perak' (eh betul ke tu....) perkahwinan Uda tu. Mengalahkan artis pulak Uda berangan ni kan?


Hari Sabtu 26hb pulak Uda dan geng2 forum cari buat pertama kali
bersua muka. Kami selama ni asyik dok sembang bagai nak rak kat alam maya tp orangnya entah cam mana rupa pun xtau. Tp akhirnya impian menjadi realiti. Seronok dan happening betul kami...... Perjumpaan kami bermula jam 2.00 ptg. dan hanya berakhir lebih kurang jam 6.00 ptg. Kami bercrite smpi mcm xingat dunia.. Tema pakaian kami hari tu kuning dan purple.

Uda seronok dpt kenal Iffah yg dtg jauh dari kota Singa, Jazza dr JB, adik Cengkeh yg tinggi bagaikan model, smiley yg mmg sentiasa tersenyum, Sya yg pendiam yg mungkin rindukan TM ke?hehehe... Norim yg mmg layak dgn watak pendidik, Lyza dan Kay yg mmg havoc jadinya perjumpaan tersebut. Qimi dan Azure yg mmg dah ku kenal lama.

Tengok habis licin makanan kami ni........


Adilla (Sya) Smiley

Jazza n anak Fatin ; Qimi n Norim


Iffah n baby yg cute ; Cengkeh

Tp Uda terkilan rupa2nya xada amik gambar lyza, kaypo dan Azure utk ditempk kat sini. Sori.....

Hari Ahad 27hb. Uda g Puchong untik majlis Cukur Jambul dan
Akikah utk Afeef Rifqy Zafry (3 bulan). Wah.... majlis tu grand
betul. Uda tengok Ijan berabis jugak buat majlis anak sulong
lelakinya ni......




Patung "Bear" dan anakbuah Uda jd gadis pembawa bunga telur utk tetamu



Kakak "Puteri' dan 'barangan' yg ku bawa balik.

Mcm manapun Uda rasa seronok kerana kehidupan Uda sepanjang minggu cuti ini terisi dengan sepenuhnya........

Wednesday, December 16, 2009

Bakat dan Koleksi Novelku

Uda mmg xada bakat utk menulis. Kadang2 cemburu ngan kawan2 yg boleh menulis dan meluahkan apa jua yg terlihat di mata dan terlintas difikiran. Walaupun Uda suka membaca tp Allah xanugerahkan Uda dgn bakat menulis, tp ada org mengatakan bahawa bakat itu kena diasah barulah idea itu berterusan mengalir bak air yg mengalir jugak. Entah betul entah x.


Mempunyai kawan2 penulis itu saja mempengaruhi minat dan membuatkan Uda xjemu untuk membaca terutamanya novel. Ianya seperti makanan ruji yg setiap hari mesti dinikmati. Kalau x membaca spt hidup seharian xlengkap.
Melihat sebahagian novel ni aje anak2 Uda pernah
bergurau utk menjual novel2 kesyangan Uda ni kat pasar malam. Kaya..... katanya.
Skrg dah xmuat dan kena beli rak barulah pulak.

Alahai....... apalah yg Uda mernapu ni kan.hehehe

Thursday, December 10, 2009

Gambar2 Semasa Kunjungan Ke Sabah Di Bawah Bayu

Gambar2 dah basi ni baru aje Uda boleh upload sbb kebusyan dan banyak crite2 menarik dan melucukan sepjng Uda, anak dara Uda (ella) dan kawan2 (Fatimah, Izzah dan adiknya Ida) berkunjung ke Sabah. Uda mengambil kesempatan menginap di rumah anak buah Uda yg duduk di sana. Lebih2 lg melawat cucu saudara sulong yg dah lama xditengok. Spt pepatah kata menyelam sambil minum air gitu.....


Uda g sana tukang mencuba makan2an yg xpernah nampak di sini. Makanan Brunai spt (rasa spt kuih bakar dan pulut panggang) dan makan Bajau (ubi kayu yg dikukus tp tawar rasanya). Kata penjual tu kena makan dgn ikan goreng dsb. Buah yg Uda cuba tu buah Tarap (rupa spt buah durian tp rasa mcm buah durian belanda dan buah bambangan (rasa spt buah kuaini). Bila Uda kata OK baru dia org berani nak cuba plak. Suka betul Uda g pasar tengok sayur yg segar2 dan makanan laut yg sangat murah, jd kami ambil keputusan masak aje makanan yang kami teringin makan.


Buah tarap sebelum dan selepas dibuka

Katanya ni 'Spirulina' Rumpai laut
Makanan asli orang Bajau
Kuih-muih orang Brunai

Anak buah Uda bawak2 g pasar filipina dan kg. air utk shopping. Uda lebih suka g kg. air kerana lebih murah dan banyak pilihan (utk barangan perhiasan & kain baju). Dalam konon2 nak tengok terbelilah juga di luar jangkaan. Uda sempat dibawa ke 1 Borneo, shopping complex yg terbesar di Sabah yg baru aje dibuka. Lebih kurang mcm Mid Valley la.....

Kotak2 'bekalan' yang dibawa balik