Thursday, May 28, 2009

Kursus Di Bayu Beach Resort, Port Dickson, N9


Uda akan berkursus selama 3 hari di Bayu Beach Resort, Port Dickson mulai hari ini 29 Mei hingga 31 Mei 2009. Kena bertolak ngan bas opis lepas Jumaat sbb pendaftaran jam 5.00 ptg. Utk tahun ini Uda dah complete kursus2 yg perlu dihadiri. Awal thn dah abis kurus yg perlu dihadiri sekurang2nya 7 hari, Wah...... leganya Uda. Tp xtaulah kalau kena lg sebelum akhir tahun.

Wednesday, May 27, 2009

Dinner Di Istana Melawati, Putrajaya (28.5.2009)

Malam tadi 28.5.2009 Uda dan suami attend dinner di Istana Melawati, Putrajaya. Dinner tu buat secara santai aje bukanlah formal yg mcm selalu tu..... Siap semua kena nanyi karaoke lg tp hubby Uda dah surrender awal2 sbb mmg xboleh nanyi, sora xsodap (hehehe..... jgn marah bang). Macam2 makanan yg ada (nasi bariani, sppageti bolonese, daging, ikan dan ayam panggang, pelbagai salad dll). Memang menyelerakan tp xleh nak rasa semua. Kenyang teramat.
Dari Sisi Istana Melawati, Putrajaya
Enttrance Masuk Tetamu Luar
My Darling
Uda n Penyelia Istana Melawati


Daging Panggang Uda, sodap......

Main Dish

Sppageti Bolonese

Pelbagai Salad

Pencucui Mulut

Sunday, May 24, 2009

Dapat Award Lagi Dari SARNIA


Uda dpt award dari Sarnia lagi, rajin betul Sarnia ni bg award walaupun Uda baru aje 'joint the club'. Apa2pun terima kasih banyak2 atas sokongan dan dorongan untuk Uda menjadi lebih bersemangat.

Menurut kata Tok Dalang :-

1. copy award di atas dan letak di blog anda
OK Uda letak dah.


2. nyatakan 5 fakta ttg pemberi award ini;

i. Pemberi semangat untuk 'berblogging'
ii. Baru aje kenal secara peribadi tp orangnya hapenning
iii. Mukanya sweet banget...
iv. Orangnya kecil molek
v. Mudah gelak ketawa


3. setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya;

Banyaknya nak tulis..... Ini yg susah ni. Paling Uda xreti
(Xsuka makan benda2 masam, mudah mesra ngan org walaupun baru kenal, banyak cakap, mudah ketawa, mudah tersenyum, suka sgt makanan/minuman yg ada perasa cokelat, cengeng (bila baca novel & tengok tv - selalu kena gelak anak2), suka sgt fast food (walau dah kena tegur kawan2 suruh kurangkan) dan suka dgr lagu gazal (wah.... pure org Johor), suka warna purple dan pink



4. anda perlu memilih 10 penerima seterusnya dan describe ttg mereka;-

Kaknoor - kawan yg banyaknya cerita
Nacha - kawan yg vouge gitu
Wanamalyn - yg sentiasa ceria dan mesra
Wabbit - yg comel dan cute sentiasa
Lieza - adik yg banyak memberi tunjuk ajar berblogging
Nottie - yg masakannya sentiasa menjilat jari



Cukuplah tu..... xyah banyak2 eik.

Thursday, May 21, 2009

INILAH OPISKU

Mood Uda kat opis hari "Ceria" bebeno walaupun dgn kerja2 yg xpernah habis. Uda jadi terlebih rajin dgn menempek gambor bilik Uda kat blog ni. Tara........

Malu.... nampak bersepahlah pulak meja Uda.

Uda suka sudut ni...
Hadiah2 yg comel dan cute diterima dr anak2 & kawan2.
Kesian bunga tu jd tempat sangkut keychain.

UDA, IDA & IJA
Satu dr sudut opis Uda. Gambor hari terakhir Ida sebelum bertukar

Dina - Happy Birthday Ke-5

Hari Sabtu lepas (16.5.2009) Uda g umah adik sambut harijadi anak buah DINA ke-5 tahun. Tapi Uda dan anak2 lambat sampai, majlis dah start. DINA xsabo nak tiup lilin, kek dah pun dipotong. Lagipun seronok dpt hadiah banyak........ Angah (Amni) pun sampai merengek nak hadiah gak.

Inilah DINA


Kek yg terpotong sbb xsabo nak tunggu

Dina n hadiah2 yg diterima. Senggih lebor.....

Along (Dina), Angah (Amni) dan anak bujang kecikku (Zhariff)

Wednesday, May 13, 2009

Award Drp Sarnia Yahya



Uda dah dapt award ni drp Sarnia Yahya. Terima kasih kerana menganggap blog uda ni salah satu blog yg bertuah. Walaupun Uda baru aje berjinak-jinak dlm dunia berblogging ni.....Bangganya Uda bila terpilih sebagai salah seorang daripada penerima award ni.

Monday, May 11, 2009

Lawatan Ke Melaka - 9.5.2009 (Sabtu)

Pejabat Uda mengadakan Lawatan Khidmat Bakti ke Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka pada 9.5.2009, Sabtu lepas. Kami bertolak dgn bas pej jam 9.00 pagi dan sampai lebih kurang jam 11.00 pagi. Sampai di sana kami disambut oleh Penguasa Rumah Seri Kenangan dan pegawai2nya dan hadir bersama Pengarah Jab. Kebajikan Masyarakat N. Melaka.

Kami telah diberi taklimat ringkas. Dalam taklimat tersebut ada disebutkan bahawa ramai "Si Tanggang" dalam masyarakat kita ni. Anak2 lupa tanggungjawab kpd ibubapa. Xsanggup menjaga mereka bila mereka uzur dan perlu perhatian dan rawatan sewajarnya. Selepas sesi taklimat tu ada sesi penyerahan sumbangan dan 'door gift'

Semasa Uda melawat sekitar rumah seri kenangan tu bertindan pelbagai perasaan ada sedih, sebak dan hiba terbayang kiranya Uda berada di tempat mereka. A'uzubillah minta dijauhkan. Lebih2 lg hari tu kita menyambut Hari Ibu. Akhirnya mengalir gak air mata Uda bila tengok orang-orang tua dan ada yg terlantar sakit tanpa anak2 disisi dan nampak muka2 ceria mereka menyambut kedatangan kami semua. Mereka ni sebenarnya hanya perlu perhatian dan teman bercerita. Kami terasa masa berlalu dgn begitu pantas dan xpuas rasanya untuk mendengar cerita dan keluhan mereka. Kami semua dijamu makan tengahari dengan nasi hujan panas.

Kami bertolak ke Bandar Melaka dari situ jam 3.30 petang.
Dalam perjalanan balik tu kami singgah di Bandar Hilir, Tanjung Bidara di Melaka dan Makan Malam di Medan Ikan Bakar, Kg. Telok, Pasir Panjang, N9. Akhirnya bas kami sampai di pej. jam 11.30 malam. Berakhirnya satu hari Uda dgn pelbagai crite yg berwarna-warni untuk dijadikan kenangan.






Friday, May 8, 2009

Selamat Datang

Selamat datang pada kawan-kawan yang mungkin terkejut dengan kehadiran uda didalam dunia blog ni....walaupun setelah sekian lama didesak oleh kawan-kawan uda, tapi masih uda tidak create blog sendiri...tapi akhirnya uda akur juga dengan permintaan kawan-kawan uda yang masih tidak jemu meminta uda buat blog sendiri dan akhirnya tercapai jugak...ini pun atas hasil pertolongan kawan sepejabat uda...alhamdullilah akhirnya uda dapat jugak belajar serba sedikit tentang dunia berblogging ni...harap kawan-kawan uda dapat tolong uda kalau ada yang uda tak faham pasal nak berblogging ni...terima kasih pada yang sudi menolong uda menghasilkan blog uda sendiri!!!