Sunday, December 27, 2009

Peristiwa Sepanjang Minggu

Minggu ini hidup Uda penuh dgn aktiviti. Sebelum Krismas saudara sebelah suami dtg dari Perak dan mereka teringin melihat KLCC secara dekat tp Uda sendiri yg terlebih 'gedik' mengambil gambar lebih2 lagi tengok hiasan untuk Sambutan Hari Krismas yg dihias indah di shopping complex tersebut.

Ulangtahun perkahwinan Uda ke-24 tahun pula jatuh pada Hari Krismas 25hb., tp tahun ni xhappening nak sambutnya sbb anak2 xada untuk sama2 raikannya. Uda cdg thn depan baru Uda nak buat meriah sikit konon2 nak sambut 'Jubli Perak' (eh betul ke tu....) perkahwinan Uda tu. Mengalahkan artis pulak Uda berangan ni kan?


Hari Sabtu 26hb pulak Uda dan geng2 forum cari buat pertama kali
bersua muka. Kami selama ni asyik dok sembang bagai nak rak kat alam maya tp orangnya entah cam mana rupa pun xtau. Tp akhirnya impian menjadi realiti. Seronok dan happening betul kami...... Perjumpaan kami bermula jam 2.00 ptg. dan hanya berakhir lebih kurang jam 6.00 ptg. Kami bercrite smpi mcm xingat dunia.. Tema pakaian kami hari tu kuning dan purple.

Uda seronok dpt kenal Iffah yg dtg jauh dari kota Singa, Jazza dr JB, adik Cengkeh yg tinggi bagaikan model, smiley yg mmg sentiasa tersenyum, Sya yg pendiam yg mungkin rindukan TM ke?hehehe... Norim yg mmg layak dgn watak pendidik, Lyza dan Kay yg mmg havoc jadinya perjumpaan tersebut. Qimi dan Azure yg mmg dah ku kenal lama.

Tengok habis licin makanan kami ni........


Adilla (Sya) Smiley

Jazza n anak Fatin ; Qimi n Norim


Iffah n baby yg cute ; Cengkeh

Tp Uda terkilan rupa2nya xada amik gambar lyza, kaypo dan Azure utk ditempk kat sini. Sori.....

Hari Ahad 27hb. Uda g Puchong untik majlis Cukur Jambul dan
Akikah utk Afeef Rifqy Zafry (3 bulan). Wah.... majlis tu grand
betul. Uda tengok Ijan berabis jugak buat majlis anak sulong
lelakinya ni......




Patung "Bear" dan anakbuah Uda jd gadis pembawa bunga telur utk tetamu



Kakak "Puteri' dan 'barangan' yg ku bawa balik.

Mcm manapun Uda rasa seronok kerana kehidupan Uda sepanjang minggu cuti ini terisi dengan sepenuhnya........

No comments:

Post a Comment