Kami telah diberi taklimat ringkas. Dalam taklimat tersebut ada disebutkan bahawa ramai "Si Tanggang" dalam masyarakat kita ni. Anak2 lupa tanggungjawab kpd ibubapa. Xsanggup menjaga mereka bila mereka uzur dan perlu perhatian dan rawatan
sewajarnya. Selepas sesi taklimat tu ada sesi penyerahan sumbangan dan 'door gift'
Semasa Uda melawat sekitar rumah seri kenangan tu bertindan pelbagai perasaan ada sedih, sebak dan hiba terbayang kiranya Uda berada di tempat mereka. A'uzubillah minta dijauhkan. Lebih2 lg hari tu kita menyambut Hari Ibu. Akhirnya mengalir gak air mata Uda bila tengok orang-orang tua
dan ada yg terlantar sakit tanpa anak2 disisi dan nampak muka2 ceria mereka menyambut kedatangan kami semua. Mereka ni sebenarnya hanya perlu perhatian dan teman bercerita. Kami terasa masa berlalu dgn begitu pantas dan xpuas rasanya untuk mendengar cerita dan keluhan mereka. Kami semua dijamu makan tengahari dengan nasi hujan panas.
Dalam perjalanan balik tu kami singgah di Bandar Hilir, Tanjung Bidara di Melaka dan Makan Malam di Medan Ikan Bakar, Kg. Telok, Pasir Panjang, N9. Akhirnya bas kami sampai di pej. jam 11.30 malam. Berakhirnya satu hari Uda dgn pelbagai crite yg berwarna-warni untuk dijadikan kenangan.
No comments:
Post a Comment