Thursday, June 25, 2009

Jamuan Persaraan Kak Rusnah (Setiausaha Kepada Bekas Ketua Hakim Negara)

Makan makan dan makan. Pejabat Uda hari ni (Jumaat Penghulu Segala Hari) buat jamuan untuk Kak Rus yang akan bersara pd awal bulan depan setelah berkhidmat dgn kerajaan selama 37 tahun. Lama tu..... Sedih gak bila ingatkan Kak Rus yg pendiam tp rajin membantu Uda dlm kerja seharian ni bakal meninggalkan kami semua. Tetapi kata pepatah "Patah Tumbuh Hilang Berganti" . Mcmana pun xkan sama dgn Kak Rus ku sorang.
Jamuan ni simple aje.. cuma ada nasi goreng, ayam goreng, mee rebus, kuih-muih dan buah-buahan aje. Walau bagaimanapun cukuplah bg kami sebagai tanda ingatan dan terima kasih. Jasamu x terbalas.




















Masa penyampaian hadiah dan tengah khyusuk mendengar ucapan Timbalan Pengarah


Aksi2 semasa nak menjamu selera dan di meja makan

William Di Hospital Putrajaya

Bulan ni aje Uda dua kali g Hospital Putrajaya selepas melawat Comel hari tu.
Hari ni (25.6.2009) Uda g lagi bersama Staff Unit Perjawatan melawat WILLIAM yg masuk hospital kerana DENGGI. Td kami diberitahu Will akan ditukarkan ke wad lain utk pengawasan kerana palet (betul ke Uda tulis ni eik) darahnya makin menurun. Kawan sepejabat bergilir2 melawatnya setiap pg dan ptg utk melihat perkembangannya.
Tengok aje Zamar (pernah kerja Rumah Seri Kenangan) pandai tul melayan Will, expert. Si-Yatt pulak kena giat sebagai 'Mentor' Will pun kena menyuap Sup Ketam yg Kak Rusnah buat.
Mesti keluarga kat Sarawak risau dan bimbang dgn kesihatannya. Kami sentiasa mendoakannya cepat sembuh dan boleh balik bekerja semula.








Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa utk lelaki yang bergelar Bapa yang disambut pada 21 Jun 2009. Kawan Uda sambut Hari Bapa dgn familynya semlm kat hotel. Tp bila tengok kek yg comel tu... dia teringatkan Uda yg rajin amik gambo katanya. Jadi hari ni dia bg kan kat Uda. Comel kek tu yang bertulis AYAH dan PAPA. Begitulah kisahnya...........


Comelkan kek ni.........

Thursday, June 18, 2009

Waktu Rehat Hari Jumaat

Uda dah lama xberjumpa ngan 2 org kawan (Lieza dan Anis) sejak dia org pindah ke Kementerian lain. Jd hari ni memandangkan Jumaat rehat pjg kita org jumpa utk makan2 dan bergosip. (org kata perempuan mmg kuat bergosip. betul ke?). Kita org jumpa kat Jab. Imigresen dan foodnya "nyam2" tul. Ikut piawaian. (Uda makan - chicken chop, Lieza - nasi ayam, ainol dan diana - martabak , aishah dan anis - nasi berlauk) semua Uda nampak sedap. Mmg kaki makan tul Uda ni kan!
Uda di depan pejabat

Di depan hidangan yg tersedia .........

Chicken chop

martabak mamak

Tuesday, June 16, 2009

Khazanah Dlm Handbag Uda

Hai Uda kena tq lagi dgn Sarnia (rajin tul dia mengetaq) dan Wanamalyn. Semua benda kalau boleh Uda nak masuk dlm handbag tu......

1. novel
2. walet
3. beg duit syiling
4. kunci pejabat dan kunci rumah
5. buku nota/pen
6. ubat sakit tekak (sbb uda bnyk cakap)
7. tisu basah
8. perfume
9. choklat (utk jd ceria selalu)
10. 2 buku bank (mcm banyak duit aje)
11. h/phone (x ada dlm gambar sbb guna utk amik gambar ni.hehehe)
12. Beg make-up (isi xbanyak sbb xpandai make-up sgt)

  • A'ah sape Uda nak taq pulak eik.
1. Adik leiza (Yg begnya lebih besar dr orangnya)
2. KaknOOr (selalu bawak extra beg)
3. Eila (bakal novelis)

Sunday, June 14, 2009

Comel Di Hospital Putrajaya

Tadi waktu lunch Uda dgn 2 buah kereta g melawat kawan yg kena tahan wad sbb 'Asma'. Siti Asiah yg kami gelar Comel kena tahan sejak Jumaat lg. Sbb tu kami g melawatnya td, dahlah keluarga doh jauh kat Penang tu, cuma harap kawan2 serumah dan pej aje. Sian kat eia.......

Monday, June 8, 2009

Cerita2 Balik Kampung

Biasalah bila cuti sekolah Uda mengambil peluang untuk balik kg. bersama 2 org anak Uda aje. Mak Uda telefon untuk tengok baby baru (Aina Nafisa) dlm keluarga Uda memandangkan anak buah Uda dah nak balik Sabah hari minggu mendatang sbb dah nak balik mengajar. Uda dah dpt gelaran nenek bila anak Kaklong Uda yg sulong bersalin. Tp nak tergeliat lidah ni bila nak menyebut nenek uda (yg sentiasa muda, perasannya.....hehehe). Rasa mcm xpercaya aje..... tp seronok dan happy sesangat.



































































Uda pergi gak ke JB sbb ada urusan di sana. Mula2 tu........ Uda singgah di Danga Bay utk beli kupang aje, tp anak2 Uda dok sibuk nak naik bot kat Danga Bay tu...... (dewasa RM10.00 dan kanak2 RM5.00). Dia org bawak ronda2 lawat tmpt ternakan kupang dan ikan yg dihantar sekitar Johor dan juga KL serta Selangor. Uda bawak 2 org anak adik yg duduk kat JB tu sekali.














































Sehari sebelum balik Uda g Air Hitam. Kawan2 kat pejabat dok kirim beli pelbagai kerepek. Anak bujang kecik Uda dok sibuk nak beli bantal kecik nak letak kat biliknya. Inilah crite sepanjang jalan kenangan balik kampung.........