Thursday, July 30, 2009

AWARD-AWARD YG DITERIMA



Award Dari Nacha




Award Dari Eila


1. copy award untuk diletakkan di blog anda :- done


2. nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini :-

NACHA
i. Spt kata Eila jawatannya sama mcm ku gak
ii. beliau menetap di Salak Tinggi
iii. katanya dia x reti klim karipap tapi pandai buat intinya.hemmm.........sedap kata kawannya
iv. senyumanmu menawan, sampai tergoda Ah Tian!!! (jgn marah eik)
v. ibu kpd 2 org anak
vi. punya mata teduh yg menawan (hazel) hehehe..........

EILA
i. dah keluar novel pertama (Baju Pengantin Mak Andam) dan bergelar penulis e-novel.
ii. bekerja di Jabatan Peguam
iii. kenal msa Majlis di Kakinovel
iv. Punyai senyuman yg menarik
v. Seorang yg boleh dikategori "pendiam"
vi. Duduk di Putrajaya sptku gak


3. setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri.

Uda rasa tang ni xpayah le....... sbb terdahulu dah bagaitau dah tengok lah balik catatan terdahulu ya. (pemalas tul uda ni eik) Lg pun korang mesti bosan ulang2 benda yg sama kan kan kan......

4. anda perlu memilih 10 penerima anda seterusnya dan describe tentang mereka:-
mari kita tgk sape yg kena.

Ala.......... mana Uda kawan yg ramai mcm tu nak dcritekan. Jd sapa2 pun boleh amik. Jd sudi2kan le ya.

Sunday, July 26, 2009

PESTA BUKU SELANGOR 24.7.2009 - 3.8.2009


KOMPLEKS PKNS & NOVEL2 YG DIBELI
Tahun ni Uda g lg Pesta Buku Selangor yg diadakan di Kompleks PKNS Shah Alam. Uda g hari Ahad berdua ngan kawan waktu ptg. Kami sampai jam lebih kurang 3.00 ptg. Sampai2 Uda singgah dulu kat Alaf21. Kawan Uda tu borong banyak tul kat Alaf 21, tp less cuma 15% aje utk novel. Lepas ronda 1 round Uda n kawan g makan kat Sate Samuri aje.
Cadangnya nak g hari Sabtu tp xjadi sbb perkara yg xdpt dielakkan. Uda cuma jumpa ngan Wanamalyn sekeluarga tp yg lain2 (Kaknoor, Jua, Notie, Cucuratap, Iejay n Eila) dia org dtg hari Sabtu. Xterasa sgt kemeriahannya sbb org yg dtg xseramai di PWTC.


Kali ni Uda xborong banyak sgt cuma 5 novel terbaru dan 1 pinjam dr kawan yg Uda tumpang. Cadangan utama g Shah Alam nak beli novel tp Uda dan kawan sempat beli buah cempedak lg bawak balik. Sambil tu singgah kat SACC Mall beli baju batik dan terus balik.

Thursday, July 23, 2009

GAMBAR SEKITAR BICARA BUKU III - JEMARI SENI

Uda spt biasa menyokong aktiviti yg dijalankan oleh Geng Ulat Buku dan Geng Kicap. Kali ni Uda g majlis BICARA BUKU III, JEMARI SENI. 3 buah novel yg dibicarakan adalah dr novelis IMAN XARA (Tanya Pada Hati) pembicaranya Wanamalyn, NAZAWATI (Teluki Itu Utk Aku) pembicaranya RINN dan KHAIRYN OTHMAN (Dame Zoete Sarah " Si Manis Sarah") pembicaranya KUCC.

Ramai gak penulis2 JS yg hadir spt Ruby Hazri, Syud, Nazurah Aishah, Manjlara, Pinggu Toha (Jd MC), Imaen dan Iejay dr NB juga ada.
Buku Aturcara


Pembicara2 Yang Dijemput: Wanamalyn; Rinn & KUCC



Antara Novelis2 yg hadir

Sebelum majlis berjalan, mata Uda terarah ke deretan novel2 yg tersusun. Sambil2 tu sempat menyelak2 novel2 yg xlg sempat dibaca dan sekali lg Uda terpegun melihat frame gambo2 yg cantik di atas kabinet buku. Oh.... rupa-rupanya tu cover utk novel2 JS yg akan dtg. Jd kita nnti kemunculannya ya.......




Antara yg hadir di majlis ni ialah..............






Spt biasa le mmg ada bab makan-makan xpernah ketinggalan. Semuanya mmg menyelerakan hinggakan susah nak bangun sbb kekenyangan. Majlis start jam 3 ptg tp Uda dtg awal jam 12 tgh jd tolong dia orang buat klim karipap. Lama tul xbuat keje2 macam tu. Tunjuk skil kononnya...... Nacha (Nonya Mansor) jd tukang buat rojak buah. Kopi O yg dihidangkan oleh Nonya Mansor mmg best gila, sampai 3x Uda tambah. Sapa buat eik. Lupa nak tanya.

Tara............




Wednesday, July 22, 2009

PESTA BUKU SELANGOR DAN PELANGI

Pesta Buku Selangor akan mula pada 24.7.09 - 3.8.2009. Jemari Seni akan keluarkan novel bertajuk PELANGI. Uda xsabo tul nak dptkan novel tu..... ingatkan masa BICARA BUKU di JS ari tu dah ada tp hampa. Kena jd org yg sabo. Kan sifat sabo tu separuh dr iman. Entah apa2 lak pulak Uda merepek meraban. Dr crite pasal buku boleh jd crite psl sabo ntah. Apa2 layan aje lah ya.........

Uda bukan apa bila tengok tajuk novel JS - PELANGI, Uda terbayangkan gambo pelangi yg Uda amik masa dlm perjalanan balik dr Nilai ke Putrajaya. Cantik bebetul. Lagipun hidup kita pun mcm pelangi juga kan. Pelbagai rasa dan warna. Uda harap Novel Pelangi 3 novelis ni boom masa Pesta Buku Selangor berlangsung.


COVER NOVEL PELANGI YANG MMG SEINDAH PELANGI
Masa dlm perjalanana balik kat higahway menuju ke Putrajaya

Di Putrajaya

Uda amik masa kat Balai Bomba Putrajaya


Monday, July 20, 2009

TAG DARI SARNIA DAN NACHA

Sorry sesangat kat kawan2 yg menjengah kat blog Uda tp xada crite baru. Minggu lepas teramatlah busynya dgn kerja2 di pejabat. Kesian juga kat Nacha dan lebih2 lg kat Sarnia sbb Uda xberkesempatan menjawab taq yg diberi. Camna pun tq atas ingatan. Mcm nak raya pulak ayat2 yg Uda taip ni kan2.

Jd Uda jwb semua sekali-arong boleh kan.




Award dari SARNIA


Ni award dari NACHA


Soalan2nya...

1. Copy badge untuk diletakkan diblog anda -

OK letak dah ketiga2nya.....

2. Link @ ceritakan siapa yang memberi award ini –
Dah terjawab dgn titlenya aje....

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda ditag) -
Paling xreti nak mencritekan ttg diri sendiri.

i. suka pink/purple
ii. suka novel (dah semestinya)
iii. melayari internet. (hahaha mcm budak2 remaja aje......)
iv. suka jalan-jalan cari makan (tengokle body kita.hehehe......)
v. semua nak tahu, tapi bukan smpi jd busy body
vi. benci org berbohong
vii. suka berkawan dgn siapa saja xkira tua atau muda..........
viii. Mudah meleleh kalau tengok/baca yg sedih2 (masuk dlm kategori jiwang karat ya?)
ix. Happy go lucky
x. Pemaaf (org kata lembut hati)

4. Pilih 6 orang penerima award seterusnya & nyatakan nama mereka diblog -

Siapa2 kawan Uda yg tau blog Uda ni dan dia org rajin bolehlah kan? Xpayah sebut namalah eik.