Monday, January 18, 2010

Ulangtahun Kelahiran

Hari Khamis baru ni adik Uda call kata nak dtg rumah pd hari Jumaat 15.1.2010. Tp Uda dah agak mesti dia orang dtg nak sambut birthday Uda yang ke.... pada 15.1.2009 dan Uda kecil ke-15 pada 8.1.2010 (konon2 surprise tp kantoi ....) Jd Uda dah siap2 suruh anak bujang sulung Uda masak spagethi bolognise. Tanpa kita sedari pejam celik pejam celik umur kita semakin bertambah. Uda cuma berdoa agar Uda dan keluarga sentiasa dalam rahmatNya.


Birthday Cake Utk Uda2 (terima kasih kat anak buah Uda Hanan Hasanah dgn kek cantik ni....)
Birthday 'girl' dan tukang masak import


Hari Jumaat pula Uda, husband, anak bongsu dan kawan baiknya g pertandingan memancing anjuran opis Uda kat Anglers Lounge, Sg. Buah, Jenderam. Punyalah bosan.... dahlah xdapat ikan. Betul2 menguji kesabaran tp Uda betul2 tabik kat orang2 yang minat memancing ni . Uda join sbb anak bujang Uda ni mmg minat sungguh memancing. Selalu dia g macing kat kolam Presint 11 aje...


Ayip tgh pasang umpan dan lelaki2 yg sedang kebosanan (manalah ikan ni...)